ASSALAMUALAIKUM....
Salam Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat yang dikasihi dari cik lah sekeluarga buat semua pengunjung, teman dan rakan - rakan yang sentiasa dan jarang - jarang mengunjungi blog cik lah Home Sweet Honey...Cik Lah mengambil kesempatan ni menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap tanpa sengaja dan tidak terniat sekalipun buat semua yang tersayang...Semoga perjalanan selamat dan dapat meraikannya bersama keluarga tercinta.. semoga ukhwah yang terbina kekal selamanya .. .aminnn....
Mohon maaf kerana membiarkan blog ini tergendala agak lama al maklumlah bila bercuti raya tu mood nak update blog ni agak suram sikit..keletihan pulang dari kampung dengan mengharungi jalan yang penuh jem masing - masing ingin pulang ke kampung halaman kerana esoknya kalian semua akan memulakan tugas masing - masing..penat nak setelkan beg dan kain baju yang bertimbun-timbun untuk dikemas dan dimasukkan di dalam washing machine untuk dicuci...tp cik lah balik awal jugak ke rumah sebabnya orang buat wiring nak kerja pada hari tu (ahad)....budak tukang tu pun ada kerja jugak pada hari tu...so, petang tu rumah agak berhabuh dan berdebu giler...ptg tu jugak cik lah n cik abang vakum dan mengemop lantai sampai sakit la pinggang ni dibuatnya...nak online pun x larat..tp sebelum kitaorang berkerah tenaga mengemas rumah, masing-masing terbongkang keletihan..hehe....
Oklah..ini adalah antara gambar-gambar family cik lah yang sempat di upload...kalau diikutkan ada hampir 300 gambar untuk hari raya ni...Macam-macam suasana, dari bermaafan dengan mak ayah yang sangat cik lah sayang...( Mak, ayah, lah sayang dan rindu sangat mak dengan ayah )..Lepas tu bermaafan sesama adik beradik dan acara yang ditunggu-tunggukan adalah pemberian duit raya kepada mak dan ayah dan juga kepada anak sedara cik lah seramai lima orang semuanya..
Ayah dan mak banyak jugak la kasi duit raya kepada cucu-cucunya...Alhamdulillah...syukur..
suka hati cucu-cucu semua termasuklah anak-anak mak dan ayah....huhuhu...
Ni gambar suasana bermaafan sesama adik beradik tercinta...
Macam-macam aksi posing anak cik lah bersama cousins dia...
so sweet & i love u all....mmuuahhh.....